Ahad, 30 Disember 2012

Bagaimanakah Internet Berfungsi?


Kini internet di guna pakai oleh semua golongan, sama ada tua mahupun yang muda. Tapi adakah anda kenal dan mengetahui bagaimana beberapa perkara berfungsi, seperti contohnya IP/TCP, DNS. Artikel ini ditujukan khas kepada mereka yang minat IT tapi tidak begitu memahami jargon tersebut dan juga secara bagaimana ia secara teknikal.





IP – Internet Protocol

IP ini boleh dikatakan seperti alamat rumah kita. IP ini mengumumkan kat dunia Internet dengan memberitahu siapakah kita, lokasi negara, serta apakah talian internet yang digunakan oleh kita. IP juga membolehkan beberapa penyedia kandungan seperti Tonton, Hulu, dan BBC untuk menawarkan kandungan yang ditujukan khas kepada mereka yang berada di sesebuah negara tertentu sahaja, dan tidak boleh dilihat oleh yang lain (IP Geo Restriction).

Selain itu , IP yang dibekalkan oleh pembekal Internet kita ini mempunyai dua jenis iaitu jenis statik dan juga dinamik.

Bezanya antara kedua-duanya mudah sahaja, dimana statik itu IP kita yang kekal dan tidak berubah. Walaupun kita connect/disconnect seribu kali jua, IP yang digunakan oleh kita akan kekal tetap sama tanpa berubah. Alamat IP kekal ini biasanya diguna-pakai oleh perniagaan untuk tujuan pengehosan laman web pada pelayan mereka.

Untuk para pengguna biasa seperti kita yang lebih mengakses internet dan melanggan menggunakan akaun rumah, pembekal Internet akan menawarkan Dynamic IP, iaitu alamat IP kita yang senantiasa berubah-ubah apabila kita connect/disconnect ke Internet.

Setiap kali kita berhubung ke internet, modem yang digunakan kita akan meminta alamat IP yang dinamik daripada penyedia internet. Setiap rekod akan di log oleh pihak penyedia internet seperti Telekom Malaysia, Maxis, P1 dan sebagainya, dimana sekiranya pihak bertanggungjawab ingin mengesan seseorang ianya mudah. Alamat IP juga merupakan medium utama yang digunakan pihak berkuasa dalam mengesan individu-individu yang melanggar undang-undang atau etika di alam maya ini.

Terdapat beberapa “mitos” yang mengatakan bahawa alamat IP dinamik ini jauh lebih selamat daripada alamat IP yang statik. Namun, sebenarnya, perkara ini tidak benar.

DNS

DNS ini boleh diibaratkan sebagai “Yellow Pages” yang digunakan kita. Contohnya jikalau saya ingin menghubungi pihak UOP, maka saya akan mencari UOP di Yellow Pages untuk mendapatkan beberapa maklumat, terutamanya nombor telefon.

Begitu juga DNS berfungsi. Sebagai contoh, sekiranya anda menaip alamat google.com ke bar alamat di pelayar web anda, ia akan “resolve” secara automatik kepada IP.

Perkara ini adalah kerana komputer hanya memahami penggunaan alamat IP sahaja (sama seperti nombor telefon kita, dimana melalui buku alamat, kita mendail mengikut penggunaan nama rakan-rakan dan bukannya menggunakan nombor telefon sepenuhnya).

DNS juga mempunyai fungsi yang lain. Contohnya, laman gergasi seperti Google, mempunyai ratusan alamat IP yang menghubungkan ia kepada pelbagai pelayan yang terdapat di merata dunia.

DNS akan terlebih dahulu mengambil alamat IP yang paling dekat dengan alamat IP pengguna dan menghubungkan ia, sekaligus menjadikan sambungan lebih pantas daripada biasa. Perkara ini adalah sama seperti kita keluar makan, biasanya kita akan makan atau keluar membeli-belah ke tempat yang berdekatan dengan rumah kita, melainkan tiada pilihan yang lain lain. Konsep ini digunakan pada penggunaan DNS juga, dimana sekiranya alamat IP pelayan berhampiran tidak dapat dihubungi, maka ia akan mencari alamat IP pelayan yang lain secara automatik.

Packet

Tujuan utama Packet ini adalah supaya dua pihak dapat berkomunikasi tanpa sebarang masalah, dimana penghantaran dan penerimaan data dilakukan dengan mudah dan pantas dalam keadaan yang selamat. Perkara ini boleh diibaratkan sebagai penggunaan sampul surat, yang mana melindungi surat dan membawa ia kepada penerima dengan mudah.

Ping Time

Ping Time ini lebih merujuk kepada berapakah lama masa yang diambil untuk menghantar dan menerima mesej. Dalam erti kata lain, ia seperti merujuk kepada – berapa lamakah masa yang diambil leh seseorang itu dalam menjawab telefon yang sedang berdering.

Ping Time ini penting bagi para pemain, kerana sekiranya masa Ping mereka melebihi 300 ms (1 saat = 1000 ms) maka sukarlah mereka untuk bermain permainan atas-talian. dan fenomena ini dikenali sebagai “Lag” (lengah masa) dikalangan mereka. 300 ms bermaskud ia memakan masa sehingga 0.3 saat untuk menghantar/menerima mesej.

Ping time ini tidak begitu penting apabila kita melayari laman web ataupun muat turun applikasi daripada internet, tetapi berbeza dengan penggunaan beberapa aplikasi, terutamanya sekiranya membuat panggilan VOIP melalui Skype ataupun sekiranya gemar memainkan permainan atas-talian.


Kredit : http://amanz.my

Rabu, 19 Disember 2012

PESTA KOMPUTER RECON di Paka, Dungun.

kali pertama PESTA KOMPUTER RECON diadakan di Paka, Dungun, Terengganu bertempat di Pusat Servis kami cawangan Paka, SIJ MEDIA ENTERPRISE, Jalan Santong (Jalan S.M.K.Paka). Bermula 26 Disember 2012 - 5 Januari 2013. Dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam. Datanglah beramai-ramai, pelbagai jenis komputer bermula dari harga hanya RM299/set dengan warranty 3 bulan.





Jumaat, 19 Oktober 2012

PESTA KOMPUTER RECON di Gong Badak, Kuala Terengganu

Kali Pertama PESTA KOMPUTER RECON akan diadakan di Dewan Sivik Gong Badak, berhampiran dengan tapak Pasar Malam dan perumahan Gong Badak. Bermula 3 - 10 November 2012. Dibuka dari jam  10.00 pagi - 10.00 malam.



Penyelenggaraan Komputer


Mungkin ramai yang tak tahu sebenarnya komputer juga memerlukan penyelengaraan yang kerap seperti mana sebuah kereta. Bayangkan jika kereta tidak diselenggara (servis) selama beberapa bulan. Agak2nya apa yang akan jadi pada kereta tu. Dah tentu akan rosak kan.. Keadaan sama juga bilamana komputer kita tu tak diservis dan kita hanya tunggu ia rosak baru la terhegeh-hegeh nak cari juruteknik komputer. Berapa ramai antara kita yang servis komputer atau laptop mereka setiap bulan. Sama ada buat sendiri atau pun hantar kepada mereka yang PAKAR. Hampir semua pemilik tidak servis komputer atau laptop mereka. Saya tak salahkan mereka. Mungkin para pemilik komputer atau laptop ni tak tahu yang penyelenggaraan komputer ni amat penting sama penting dengan kita servis kereta setiap bulan. Dan kebiasaannya para penjual komputer dan laptop ni pun tak menerangkan tentang perkara servis ni. 



Percaya atau tidak jangka hayat komputer atau laptop ni dapat dipanjangkan dengan membuat penyelenggaraan secara berkala sama ada dibuat sendiri atau menggunakan perkhidmatan PAKAR ( purata harga untuk servis ni pun tak la mahal sangat antara RM30 - RM50). Ok la kan daripada kita nak kena keluarkan duit dalam RM300 hingga RM400 untuk membaiki kerosakan komputer dan laptop tu. Jika komputer tu untuk baiki mungkin tidak semahal laptop. Bagi laptop pula, awas anda mungkin kena membeli laptop yang lain jika rosak kerana kos untuk membaiki sebuah laptop ni lebih kurang harga sebuah laptop baru. Kenapa saya kata macam tu. ok, sebabnya adalah harga untuk baiki mainbord laptop RM380. Skrin laptop RM350. Processor RM400 jumlah semuanya  RM1130. inilah harganya jika penyelenggaran tak dibuat.

Penyelenggaraan terbahagi kepada 2 kategori. Penyelenggaraan Pencegahan dan Penyelenggaraan Pembaikan. Penyelenggaraan pencegahan adalah kerja-kerja yang melibatkan pembersihan komponen-komponen komputer atau laptop seperti kipas CPU, lens DVD, keyboard dan lain-lain. Penyelenggaraan pembaikan adalah kerja-kerja membaiki sistem dengan membuang dokumen atau perisian yang tak perlu, menyusun semula kedudukan fail dalam cakera keras, membuang fail-fail registry yang tidak digunakan lagi menggunaka perisian khas.

Isnin, 1 Oktober 2012

Pesta Komputer Recon Dungun, Terengganu

kali ke-5 Pesta Komputer Recon akan diadakan di Dungun, bermula 6 - 13 Sept 2012. Dibuka dari jam 10 pagi - 10 malam. Pelbagai set komputer bermula dari harga RM 299 dengan warranty 3 bulan.




Ahad, 12 Ogos 2012

Tips membeli laptop/netbook


Salam sejahtera,

1. Penggunaan – Motif atau tujuan utama laptop tersebut dibeli. Jika untuk bermain games perlukan laptop yang lebih canggih. Jika hanya untuk menaip dan melayari internet, cukup sekadar yang sederhana.

2. Budget – Berapa budget, anggaran atau lebih senang duit yang anda ada. Lebih digalakkan membeli secara tunai berbanding menggunakan kaedah hutang. Lebih menjimatkan. Tetapi tidak salah membeli menggunakan kaedah hutang, ansuran seperti kad kredit, cuma tidak disyorkan.

3. Warranty – Jaminan sesuatu laptop baru kebiasaannya adalah satu tahun. Tetapi kita tidak mahu menggunakan laptop dalam tempoh satu tahun sahaja. Mahukan lebih daripada itu. Pastikan warranty lebih lama supaya kita lebih bersedia dengan kemungkinan buruk.


4. Buat pemerhatian – Kunjungi mana-mana kedai yang menjual laptop. Tanya dan buat perbandingan antara satu produk atau jenama dengan yang lain. Tidak terburu-buru membeli dengan tawaran kerana ianya melibatkan duit yang beribu-ribu. Pastikan jangan tertipu.

5. Tanya pemilik – Ini salah satu cara paling berkesan sebelum membuat sebarang tindakan. Pemilik laptop, biasanya rakan-rakan sendiri lebih mudah memberikan nasihat, pro dan kontra sesebuah laptop yang ingin dibeli.

6. Model - Jenama juga memainkan peranan penting. Kadangkala jenama memberikan keyakinan kepada kita untuk membeli.

7. Bantuan – Servis bantuan selepas jualan juga penting. Ke mana kita akan rujuk jika ada masalah? Siapa kita perlukan? Bagaimana dengan servisnya? Adakah meluas? Itu semua penting.

Tips Penyelenggaraan Komputer

Terdapat pelbagai cara untuk menyelenggara komputer anda. Cara yang paling mudah dan percuma ialah menggunakan perisian tertentu.  Perisian yang dimaksudkan ialah Advanced SystemCare 5.
Perisian Advanced SystemCare 5 adalah percuma dan senang digunakan. Hanya dengan beberapa klik komputer anda telah diselenggara dengan baik dalam masa yang singkat.



Penyelenggaraan komputer adalah perlu bagi mengekalkan prestasi komputer anda pada tahap yang optimum. Jika komputer sudah lama tidak diselenggara, maka prestasi komputer anda semakin perlahan dari semasa ke semasa.
Muat turun:
Jika anda mahukan prestasi yang lebih baik, boleh cuba perisian berbayar yang popular iaitu TuneUp Utilities™ 2012 .  Perisian ini memang amat disyorkan untuk memudahkan anda menyelenggara komputer anda melalui kaedah perisian.  Selamat mencuba.

Isnin, 23 Julai 2012

Jualan Tablet Pc di Casa Limbong, Cukai, Kemaman



Promosi Jualan Tablet Pc di ruang legar Casa Limbong, Cukai, Kemaman 
bermula 23 Julai 2012. 


Harga bermula RM 399 dengan warranty selama 6 bulan.

Ahad, 8 Julai 2012

Pesta Komputer Recon di Kuala Terengganu

Kali ke-7 PESTA KOMPUTER RECON di Dewan Sivik Pasir Panjang, Kuala Terengganu diadakan pada 7 - 14 Julai 2012. Dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 malam. Pelbagai set komputer dengan harga bermula dari RM299.


Jumaat, 29 Jun 2012

Pesta Komputer Recon di Ketereh, Kelantan.

PESTA KOMPUTER RECON diakan di Dewan Majlis Daerah Ketereh, Kota Bharu, Kelantan pada 29 Jun - 5 Julai 2012, bermula jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam. Set komputer bermula dari RM299 dengan warranty 3 bulan.

Selasa, 3 April 2012

Istilah Komputer Recon


APAKAH MAKSUD “KOMPUTER RECON”

RECON adalah kata pendek dari perkataan RECONDITIONING, atau dalam bahasa melayu bermaksud PEMULIHAN (DIBAIKPULIH, DIPERBAIKKAN). Dengan ini bermaksud KOMPUTER RECON ini adalah komputer terpakai/telah dipakai(bukan yang rosak atau reject) dan diperbaikkan semula oleh kami pada tahap maksima termasuk spray, cuci, re-programming dan lain-lain proses upgrade seperti tambah RAM, HARDISK, PROCESSOR. Komputer Recon yang kami jual kebanyakan di import dari luar negara dan kebanyakan komputer ini sebelumnya diguna di Pejabat sahaja. Komputer yang kami jual diberi WARRANTY HARDWARE selama 3 BULAN.


Jadi, kenapa memilih KOMPUTER RECON?

Harga murah. Setiap pembelian pasti harga menjadi keutamaan. Sama seperti komputer terpakai. Harganya lebih murah berbanding yang baru kerana komponen dan program yang agak sedikit lama. Walaupun lama tetapi masih boleh digunakan.

Jimat. Biasanya komputer terpakai dijual dengan pakej. Satu pakej termasuk CPU, monitor, speaker, keyboard dan mouse. Tidak perlu membeli satu demi satu.

Tiada perbezaan ketara dengan komputer baru. Contoh paling mudah, jika membeli komputer yang digunakan oleh makmal sekolah atau universiti. Beza teknologi cuma 2 hingga 3 tahun. Jika membeli untuk rumah, ia masih boleh dikatakan berbaloi kerana komputer masih boleh digunakan selama mungkin selagi mampu.

Selamatkan bumi dari lambakan komputer di pasaran. Go green!

Mudahnya, kenapa masih membeli komputer baru jika masih boleh berjimat sehingga 80%. Wang boleh digunakan untuk perkara lain yang lebih penting. Jadilah pembeli bijak.

Sekitar Pesta Komputer Recon Kuala Terengganu







Isnin, 19 Mac 2012

PESTA KOMPUTER RECON Kuala Terengganu

PESTA KOMPUTER RECON di Kuala Terengganu kali ke-6 akan berlangsung di Dewan Sivik Pasir Panjang pada 24 - 32 March 2012, dibuka dari jam 10.00 Pagi - 10.00 Malam.


Selasa, 6 Mac 2012

Pesta Komputer Recon di Kerteh, Terengganu


Kali pertama PESTA KOMPUTER RECON akan diadakan pada 10 - 14 March 2012 di Dewan Sivik Kerteh, berhampiran dengan Masjid Jamek Kerteh, Kemaman, Terengganu.